Sunday, 22 September 2013

Puncak Janing Resort, BOOKING NOW !!!


BOOKING NOW!!! 
















Salam semua :)

Kami menyediakan sebuah tapak resort yang sejuk, tenteram, nyaman, dan jauh dari kesibukan kotaraya. Resort ini terletak di Puncak Janing, Kedah dan berdekatan dengan Air Terjun Puncak Janing.

Resort ini mampu menampung kapasiti sehingga 1000 orang di dalam satu masa.

Selain itu, resort ini juga mempunyai tapak perkhemahan yang sesuai bagi menganjurkan pelbagai aktiviti luar dan dewan seminar yang eksklusif bagi penganjuran seminar dan kem motivasi.

Antara fasiliti yang ditawarkan:
1. Dorm /Asrama / Bilik aircond
2. Surau
3. Dewan Serbaguna
4. Dewan Makan
5. PA sistem dan white board
6. Khemah
7. Kabin Perkhemahan
8. Kemudahan Aktiviti Lasak
9. Makanan ( 6 kali sehari )

* Selain itu, kami juga menyediakan pelbagai perkhidmatan lain, antaranya :

- fasilitator program (servis)
- aktiviti kayak
- aktiviti jungle trekking
- aktiviti explorace
- aktiviti night walk
- aktiviti camp fire

*(setiap aktiviti akan dikenakan charge mengikut bilangan peserta. PERCUMA 1 aktiviti untuk pertama kali)


TEMPAHAN  : Untuk mengelakkan sebarang kesukaran, pihak GMIP CONSULTACY menetapkan bahawa pengesahan tempahan perlu dibuat selewat-lewatnya 3 minggu sebelum program dijalankan. Selain itu, pihak tuan / puan perlu menjelaskan bayaran pendahuluan sebanyak 30 % daripada harga sebenar sebagai jaminan tempahan. Sekiranya tempahan ini batal, secara rasminya wang pendahuluan tersebut hangus.

Sekiranya berminat,sila hubungi:
En. Aidi (019-9429075)

* sebut harga akan diberikan pada yang berminat

Sunday, 15 September 2013

Pengalaman Bersama Keluarga Angkat + Khidmat Masyarakat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera admin ucapkan kepada semua pembaca :) apa khabar semua??

Harap2 sehat la ea, hehe.. kali ini admin nk share seket pengalaman dan aktiviti yang GMIP CONSULTANCY anjurkan.. actually, program ni da hampir 3 minggu berlalu, tp x kesah laa,, nak share jugak xD

Cerita yer bermula macam ni...

23 - 25 Ogos 2013,( jumaat sampai ahad )  GMIP CONSULTANCY menganjurkan satu program yang diberi nama OPKIM iaitu program anak angkat.. Program ni bertempat di Kampung Sungai Semilang, Juru.. Bagi orang Penang, depa tau kot kampung ni sbb kampung ni famous dengan ikan sembilang. 1 lagi mee ketam. ade 1 kedai ni, boleh kata hari2 orang penuh kt kedai dia. smpai admin pon rasa mcm nk p la mkn kt kedai dia ni satu hari nnti,hehe :)

So, sambung story.. peserta kali ini merupakan student ipta, iaitu para pelajar UiTM Pulau Pinang, yelaa,,depa ni dekat ja dengan Kg. tu, senang seket keja kami nnti ;)

Nak dijadikan cerita, peserta kali ni sangat menarik!! anda semua bayangkan,, elok2 satu bas, tinggal dalam belas-belas orang ja! ramai tarik diri last2 minit sbb mereka ada program lain. ada yang exam laa, ada yg ada kokorikulum laa,,haishh, nape la tak nak bgtau awal2 kan,, boleh la kita cari orang lain ganti,ayoyoyo..

Disebabkan bilangan peserta yang agak sedikit, kami terpksa hanta sendiri peserta ke Kg.Sungai Semilang. 3 trip jugak laaa..haha, kalau ikotkan bas UiTM sndiri yang hantar, tp cancel last minit. kalau x silap, seket sangat orang mereka tak benarkan, yelaa,,buang minyak je kan.hmm, takpe laa,, malas nak berkira sangat kan..poyo,hehe

Sampai2 je kat Kg. tu, nampak ibu bapa semua da berkumpul dalam dewan. Sian dekat depa,, lama gak la tunggu kami,, aiseh, time tu siyes segan..hahaha :D  Then, lepas taklimat ringkas, peserta pon dibahagikan mengikut keluarga angkat masing2.. yang best yer, urusetia GMIP pon ada keluarga angkat sekali, TERBAIK!!!

Kemudian, semua pon pulang la ke rumah angkat masing2. Kiranya hari 1st tu program bebas la bersama keluarga angkat, Yela,time tu la kita nk bersuai kenal bersama keluarga angkat ni, orang ckp ice-breaking la konon-kononnya..hahaha..

Keesokan harinya, peserta dikumpulkan di satu kelas yang terletak berdekatan dengan dewan, Kelas ini sebenarnya kelas Prep bagi kanak-kanak di Kg.Sungai Semilang ni.. Tujuan peserta dikumpulkan di kelas ini tak lain tak bukan mestilah untuk gotong-royong xD

Inilah program khidmat masyarakat yang admin sebut kat atas sekali. Para pelajar ini bergotong-royong menaik taraf kelas Prep ni. Kalau nak ikotkan sejarah, kelas Prep tu asalnya perpustakaan dekat Kg. tu,, tp lama2 orang kampung tak pakai da library tu, tak tau la sebab apa. Perpustakaan itu pon terbiar je,, penah sekali banjir teruk, habis dinding2 retak,komputer2 yang ada rosak, bumbung pon da bocor, banyak lg laa..senang citer, awal2 kelas tu mmg teruk la!!!

Kerja naik taraf pon bermula. Para pelajar ini dibahagikan kepada beberapa tugasan. Ada yang ditugaskan untuk mengecat, ada yang sapu sampah, lap tingkap dan asingkan komputer2 yang dah rosak. Ajaib nya, ada jugak komputer yang elok lg, 3 komputer plak 2..tahan jugak ea komputer2 lama nih.. :p

Kerja berterusan sehinggalah pukol 6.30 petang. Itu pon tak siap lagi keja-keja mengecat. Nak tau sebab ape?? Haa,, sbbnya mudah jee.. kanak-kanak Kg tu yang juga merangkap murid-murid di kelas Prep sibuk nk tolong kami. Mereka ni teramat-amat la bersemangat nk tolong.Yela,,nmpak macam seronok ja kan abang2 dan akak2 UiTM ni main cat, depa ni pon nk la menyebok gak..hahaha.. Abes seluar, baju smpai muka-muka sekali penuh dengan cat. Kami yang sebagai urusetia ni pon tak leh nk cakap ape2,, boleh gelak jelaa..hahaha

Kemudian, selepas mkn malam bersama keluarga angkat, kami himpunkan kembali para peserta di kelas Prep untuk solat maghrib dan isyak secara berjemaah bersama-sama kanak-kanak Kg. tersebut. Alhamdulillah, sejuk hati tengok kanak-kanak ni solat bersama, comel :)

 Selepas selesai solat, kami teruskan dengan modul simple. Kami pecahkan kanak- kanak ini kepada beberapa kumpulan, then kami masuk kan akak2 dan abg2 UiTM ni ke dalam kumpulan2 yang telah tersedia. Sekarang, abg2 dan akak2 UiTM ni  bertindak sebagai fasilitator kumpulan. Tugas mereka ialah mereka dikehendaki untuk memberi semangat kepada adik2 ini supaya mereka lebih bersemangat untuk belajar. Setelah dibuat kajian ringkas, kami mendapati tahap pendidikan di Kg tersebut agak rendah dan membimbangkan. Itulah antara salah satu sebab kelas Prep diwujudkan.

 Modul ini merupakan inisiatif kami untuk membantu mewujudkan semangat cintakan ilmu dalam diri kanak-kanak tersebut. Selain itu, kami juga bertujuan melatih para siswa dan siswi UiTM ini kemahiran berkomunikasi yang merupakan satu kemahiran yang sangat2 penting dalam arus pemodenan kini.

Selesai modul, semua peserta pon pulang ke rumah angkat masing- masing. Malam kena luangkan masa untuk keluarga angkat plak, yela,, pagi tadi sehari suntuk bergotong-royong kan, tak sempat pon nk beramah mesra dengan keluarga angkat. Malam itu kebayakan peserta tidur awal, penat la tu,siaannn :p

Esok pagi, selepas bersarapan di rumah keluarga angkat masing- masing, para peserta pon meneruskan kerja2 mengecat yang tak siap lagi. Kami yang urusetia pon join sekali taw buat kerja, bukan tengok saja! jgn salah faham !!hehehe.. Sampai la tengah hari. maka siap la segala kerja2 mengecat. Then, kami rehat dan makan tengahari. cuba teka makan apa???

NASI LEMAK + AYAM BEREMPAH + KERANG REBUS!!!

Hmmmm.... memang tak tau nak ckap ape la kann..Alhamdulillah syukur kepada Ilahi atas rezeki-Nya yang sangat2 lazat ni,hehe.. yang kelakarnya time2 ni adik2 juru ni datang la plak kelas. Depa pon makan la sekali. Makan2 gak, tp muka semua tahan pedas,haha.. ada yang makan sikit minum air. makn sikit lagi pastu minum air balik, tak tahan pedas,,hihihi..

Selesai makan, para peserta dan kami pon mengemas kelas dan menyusun semula meja mengikut kedudukan asal seperti waktu kelas.Maka, siap la juga kerja menaik taraf kelas Prep Kg.Sungai Semilang. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama yang sangat baik. Jadi, bagi menghargai usaha dan jasa mereka ini, kami pon bawak la para peserta ni bersiar-siar mengelilingi kampung.

Konvoi motor beramai- ramai,,hehe,, semua peserta termasuk urusetia makan angin keliling kampung dengan menaiki motor beramai-ramai. Yang best yer, moto ni kebayakannya bapa angkat punya, depa ni sporting sangat2.. nak pinjam moto ke ape ke ambik laa, asalkan x bawk keluar dari kampung tu,hahaha.. Kami singgah kt tepi jeti tengok nelayan baru balik dari laut, ada yang bersantai sambil memancing, ada yang berehat dan macam2 lagi la aktiviti depa.. Then, kami tgok ketam. banyak sangat lubang2 ketam, seronok plak bila tengok ketam jalan mengiring. Sepit pon besar2 jee. memang indah dan unik makhluk Allah ini.

Selepas puas berjalan. kami pon pulang kembali ke kelas Prep tersebut. Majlis penutup yang ringkas dan sesi bergambar bersama keluarga angkat menjadi penutup program ini. Ada satu ketika admin agak sebak apabila melihat seorang mak angkat ini mencium dan memeluk anak angkatnya,perempuan seolah-olah anak kandungnya sendiri, masya Allah~terharu admin!

Sebelum pulang, kami semua dijemput untuk menghadiri satu majlis jamuan anjuran parti politik di kampung tersebut. tak perlu rasanya admin sebut parti apa.haha. yang penting, semua peserta termasuk kami, urusetia sangat-sangat berpuas hati mengenai makanan di sana. Bayangkan, asal balik umah je makan,jamuan lagi! haishh,,senang citer kalau ada sape2 yang bercita-cita nak naikkan berat badan tu, boleh la singgah di kampung ni, tak pun join je kami yer program untuk next time,kompem naek la badan tu.hehehe..



Setakat ini jela admin mampu tulis untuk entry kali ini. Next time admin akan share lagi beberapa kisah menarik :) :)