Monday, 2 December 2013

TUITION JOB !! Urgent !!

posted by tuition agent
only available for malaysian only!

Student :standard 6, UPSR
Subject : English / Math
Location : Kuala Terengganu, Terengganu
Frequency : 1 class per week
Duration : 2 hour
Tuition days : negotiable
Tuition time : Negotiable
Tuition Fees : RM50 per hour ( about RM400/ month ) for each subject

Tutor can apply by choosing the subject(s) that he/she can teach.

Comment : This agent will charge a commission half from the first month's salary as a referral fees.

Interested tutor can sms mr.aidi ( 016 - 387 0470) immediately. strictly no call.

Sunday, 1 December 2013

INFO : Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya | 
RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. 

Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.



Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.
Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.
Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:
-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

credit to : penpatah.blogspot.com

Friday, 29 November 2013

TUITION JOB !! Urgent !!

posted by tuition agent
only available for malaysian only!

Student :Standard 1 and standard 5 boy
Subject : Bahasa Malaysia / Mandarin
Location : Tanjung Bungah , Penang
Frequency : 1 class per week
Duration : 1 hour
Tuition days : weekend
Tuition time : Negotiable
Tuition Fees : RM50 per hour ( about RM400/ month )

Tutor can apply by choosing the subject(s) that he/she can teach.

Comment : This agent will charge a commission half from the first month's salary as a referral fees.

Interested tutor can call mr.aidi ( 016 - 387 047) immediately.

Thursday, 28 November 2013

kerugian meninggalkan solat :'(

HARUS TAU..
Pernah tertinggal salah satu solat ni ..memang betul apa yg dtulis .....Kerugian meninggalkn solat:
*
*
√ Subuh : Cahaya wajah akan pudar.
.
√ Zuhur : Berkat pendapatan akan hilang.
.
√ Asar : Kesihatan mulai terganggu.
.
√ Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
.
√ Isya' : Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
.
*
*
Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama,Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat ).IN SHA ALLAH semua .selamat menunaikan ibadah solat semua.

YA ALLAH, janganlah engkau pesongkan hati kami setelah kau berikan kami hidayah.
TUITION JOB !! Urgent !!

posted by tuition agent
only available for malaysian only! Only for malay and indian tutor!

Student : standart 1 kids, twin
Subject : Bahasa Melayu
Location : Permatang Pauh
Frequency : 2 classes per week
Duration : 2 hours per class
Tuition days : Negotiable
Tuition time : Negotiable
Tuition Fees : RM80 per hour ( about RM1280/ month )

Comment : This agent will charge a commission half from the first month's salary as a referral fees.

Prefer someone that have passion,not too strict and enjoy in teaching kids

Interested tutor can call mr.aidi ( 016 - 387 047) immediately.
TUITION JOB !!  Urgent !!

posted by tuition agent
only available for malaysian only! Prefer female tutor and can speak chinese !


Student        :Standard 5 girl
Subject        : Bahasa Malaysia
Location      : Paya Terubong, Penang 
Frequency   : 1 class per week
Duration      : 2 hours per class
Tuition days : Negotiable
Tuition time  : Negotiable
Tuition Fees  : RM50 per hour ( about RM400/ month )

Comment    : This agent will charge a commission half from the first month's salary as a referral fees.

 Interested tutor can call mr.aidi ( 016 - 387 047) immediately.

Wednesday, 27 November 2013

TUITION JOB !!  Urgent !!

posted by tuition agent
only available for malaysian only!


Student        : Korean
Subject        : Mandarin
Location      : Bayan Baru, Penang 
Frequency   : 7 classes per week
Duration      : 2 hours per class
Tuition days : Daily ( monday - sunday )
Tuition time  : Negotiable
Tuition Fees  : RM30 per hour ( about RM1800/ month )

Comment    : This agent will charge a commission half from the first month's salary as a referral fees.

 Interested tutor can call mr.aidi ( 016 - 387 0470) immediately. last until 30/11/13
Have you ever ??

Have you ever think about making friends and talking fluently with others from different races and languages?

Have you ever think about understand the anime storyline without any subtitles?

Have you ever think of sing along Japanese song without romaji?

Have you ever heard that the percentage of getting a job is higher when you can speak various language?

Have you ever imagine that people are very impressed when looking at you talking and speaking fluently with foreigner?

Have you ever feel that when you want to learn other languages, but suddenly you become lazy and ashamed to attend language class that cramped and full of people?

Have you ever hope that somebody is there and willingly to teach you privately?


If your answer is YES!!!! Now, it is time for you to take a baby step go forward to realize your dream.

JOIN US ! We can provide you a private tutor that can give 100% of their attention and commitment in order to help you achieve your dream.. Regardless of location and age !

SMS ( name) SPACE ( location) SPACE ( type of languages) to :
016 - 387 0470 ( Mr. Aidi) or 019 - 447 5771 ( Tuan Arsyad)

ex. SMS Jefri Kuala Lumpur Japanese & Mandarin AND SEND to :
016 - 387 0470 / 019 - 447 5771

We will contact you as soon as possible :)


Sunday, 20 October 2013

Ekpedisi Outdoor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)

Entri kali ini, admin nk berkongsi dengan anda semua pengalaman GMIP mengendalikan program outdoor di Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Okay, untuk pengetahuan semua, hutan di Hulu Langat ni merupakan Hutan Simpan dan anda mesti boleh bayangkan betapa tebalnya hutan tersebut kan ;)



Ekpedisi outdoor GMIP kali ini disertai oleh 4 orang ahli outdoor GMIP yang terdiri daripada saudara Azim ( kiri sekali) , saudara Azmiel (2 dari kiri), saudara Aidi (2 dari kanan) dan saudara Wafi (kanan sekali). Mereka berempat merupakan ahli GMIP yang bergiat aktif dalam dunia outdoor dan gemar merantau ke merata-rata tempat demi meneruskan minat mereka ini.

Ekpedisi kali ini bermula apabila mereka dijemput oleh Asia Global Marketing & Consultant (AGMC) bagi mengendalikan aktiviti-aktiviti outdoor sempena Program 'U Lead' anjuran PERDA yang menggabungkan pelajar-pelajar dari pelbagai universiti bermula dari 18 hingga 20 Oktober 2013 . Program ini dilaksanakan di Lembah Azween Resort, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Lembah Azween Resort merupakan satu resort yang patut diberikan pujian kerana layanannya yang sangat baik dan mesra pelanggan, tempat yang cantik dan terjaga dan sesuai untuk melaksanakan pelbagai aktiviti baik indoor mahupun outdoor. Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai resort ini, anda boleh la mengunjungi website ini : http://www.lembahazwenresort.com.my/

Pada 18 Oktober 2013 ( Jumaat), program outdoor pertama yang dikendalikan oleh GMIP ialah aktiviti 'NIGHT WALK'. Aktiviti Night Walk ini dijalankan pada waktu malam, khususnya selepas jam 12 tengah malam.

Objektif utama aktiviti ini adalah untuk menambahkan daya keyakinan, ketabahan dan keberanian individu. Aktiviti ini sering dijadikan acara kemuncak dalam program-program ko-kurikulum di sekolah khususnya dalam aktiviti perkhemahan (camping) dan program-program bina semangat. Tetapi biasalah, mesti ada objektif-objektif lain yang ditambah kemudiannya. Antaranya ialah keseronokkan hendak mengusik para peserta, hehe :p


Bulan yang mengambang dan salakan anjing yang bersahut-sahutan pastinya menambahkan keseraman


Permulaannya, setiap peserta dikehendaki menutup mata dengan menggunakan kain yang disediakan. Para fasilitator akan memastikan tiada peserta yang menipu. Kemudian, mereka ini dibawa ke satu tempat yang agak telah ditetapkan bagi 'solo drop'.

Setiap peserta dipisahkan dan ditempatkan di lokasi-lokasi tertentu dan jaraknya berjauhan antara satu sama lain. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya komunikasi di antara mereka. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan tempat tersebut dan mereka hendaklah kekal berada di sana untuk satu tempoh yang ditetapkan. Mereka hanya  boleh meninggalkan tempat tersebut hanya setelah dijemput pulang oleh pengelola aktiviti. Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat hiburan (contoh: walkman) dan komunikasi (telefon, wisel). Mereka ini biarkan bersendirian selama 15- 20 minit. 

Bagaimanakah rasanya apabila duduk seorang diri di tempat yang gelap pada malam yang gelap-gelita? Inilah yang dirasa oleh para peserta.. Waa...nak balik!

Sepanjang tempoh para peserta bersendirian, 4 orang ahli GMIP ini akan memainkan perananan mereka bagi menambahkan aura dan tahap keseraman yang menghantui diri para peserta. Pelbagai bunyi dan pergerakan dicipta bagi menaikkan suasana sehingga berdiri bulu roma para peserta dan ada yang mula menangis ketakutan. Mestilah peserta perempuan, hehehe.. Seronok melihat gelagat para peserta ini :)


Selepas cukup 20 minit, para peserta dikumpulkan kembali. Mereka kini akan bergerak pulang ke Lembah Azween Resort. Namun, peserta ini hanya akan dilepaskan seorang demi seorang dengan membawa lilin yang disediakan. Para peserta ini akan melalui satu track khas yg disediakan dan di track ini lah 4 orang ahli GMIP telah bersiap sedia menjadi 'hantu'. Jeng jeng jeng...





Dengan berbekalkan beberapa peralatan seperti kain putih, bedak sejuk dan alatan yg lain, 4 ahli GMIP telah bertukar wajah menjadi 'hantu' dan tujuan mereka hanyalah untuk menguji tahap keberanian para peserta. Antara hantu yang menjadi pilihan mereka ialah hantu pocong, nenek tua dan pontianak.

 
hantu pocong


Peserta dilepaskan seorang demi seorang. Mereka akan melalui track tersebut dengat mengikut tali yang dipasang sepanjang track. Para peserta juga telah diigtkan agar tidak memegang tali dengan terlampau kuat supaya tali tersebut tidak putus. Sekiranya putus, pandai-pandai lah peserta cari jalan sendiri!

Bagaimana respon para peserta terhadap kehadiran Hantu-hantu? Bergantung kepada kekuatan mental mereka. Ada yang menjerit, menangis dan tidak kurang pula yang cabut lari terus meninggalkan lokasi kejadian. Ada juga yang hanya ketawa melihat gelagat Hantu-hantu yang mengusik mereka.


 
hantu pontianak


Namun, yang paling menarik ada seorang peserta perempuan ni yang sangat lemah semangat. Peserta ini terpaksa dipimpin oleh fasilitator perempuan daripada pihak AGMC ( Asia Global Marketing & Consultant) sepanjang track ni. Haha, kesian plak peserta ni. Hantu pun tak sanggup nak menyakat dia ni lagi.

Satu lagi yang menarik, peserta perempuan juga. Dia ni seorang yang rabun, memang selalu pakai cermin mata la. Jadi, masa 'night walk' tu ,tak tau la sengaja tak nak pkai atau memang tertinggal di bilik, peserta perempuan ni pon jalan la ikut track tu dengan memegang tali. Macam biasa, hantu - hantu ni pon tunjuk la muka, tapi pelik. NO RESPONSE!  Dasyat betul peserta ni. Rupa- rupanya, setelah ditanya, peserta perempuan ni rabun, memang tak nampak apa-apa. Dia sekadar ikot je tali tu smpai la penghujung. Hahahaha,, kesian hantu terkono balik :p

Akhirnya, sampai la kesemua peserta ke Lembah Azween Resort. Alhamdulillah, tak kurang tak lebih bilangan peserta. Kalau kurang, jenuh 4 orang ni nk kena cari balik. Lau terlebih pulak, lagi jenuh nak hantar balik 'seorang' tu.

Jadi, itu saja aktiviti outdoor yang 4 orang ahli outdoor GMIP kendalikan untuk hari Jumaat tersebut.
Ikuti sambungan pengalaman menarik dan aktiviti untuk hari seterusnya, Sabtu di entri akan datang. Nantikan !


Monday, 14 October 2013

Sejarah Hari Idul Adha

Kisah Kesabaran Nabi Ismail (Sejarah Hari Idul Adha)


Pada suatu hari, Nabi Ibrahim AS menyembelih kurban fisabilillah berupa 1.000 ekor domba, 300 ekor sapi, dan 100 ekor unta. Banyak orang mengaguminya, bahkan para malaikat pun terkagum-kagum atas kurbannya.

“Kurban sejumlah itu bagiku belum apa-apa. Demi Allah! Seandainya aku memiliki anak lelaki, pasti akan aku sembelih karena Allah dan aku kurbankan kepada-Nya,” kata Nabi Ibrahim AS, sebagai ungkapan karena Sarah, istri Nabi Ibrahim belum juga mengandung.

Kemudian Sarah menyarankan Ibrahim agar menikahi Hajar, budaknya yang negro, yang diperoleh dari Mesir. Ketika berada di daerah Baitul Maqdis, beliau berdoa kepada Allah SWT agar dikaruniai seorang anak, dan doa beliau dikabulkan Allah SWT. Ada yang mengatakan saat itu usia Ibrahim mencapai 99 tahun. Dan karena demikian lamanya maka anak itu diberi nama Isma'il, artinya "Allah telah mendengar". Sebagai ungkapan kegembiraan karena akhirnya memiliki putra, seolah Ibrahim berseru: "Allah mendengar doaku".

Ketika usia Ismail menginjak kira-kira 7 tahun (ada pula yang berpendapat 13 tahun), pada malam tarwiyah, hari ke-8 di bulan Dzulhijjah, Nabi Ibrahim AS bermimpi ada seruan, “Hai Ibrahim! Penuhilah nazarmu (janjimu).”

Pagi harinya, beliau pun berpikir dan merenungkan arti mimpinya semalam. Apakah mimpi itu dari Allah SWT atau dari setan? Dari sinilah kemudian tanggal 8 Dzulhijah disebut sebagai hari tarwiyah (artinya, berpikir/merenung).

Pada malam ke-9 di bulan Dzulhijjah, beliau bermimpi sama dengan sebelumnya. Pagi harinya, beliau tahu dengan yakin mimpinya itu berasal dari Allah SWT. Dari sinilah hari ke-9 Dzulhijjah disebut dengan hari ‘Arafah (artinya mengetahui), dan bertepatan pula waktu itu beliau sedang berada di tanah Arafah.

Malam berikutnya lagi, beliau mimpi lagi dengan mimpi yang serupa. Maka, keesokan harinya, beliau bertekad untuk melaksanakan nazarnya (janjinya) itu. Karena itulah, hari itu disebut denga hari menyembelih kurban (yaumun nahr). Dalam riwayat lain dijelaskan, ketika Nabi Ibrahim AS bermimpi untuk yang pertama kalinya, maka beliau memilih domba-domba gemuk, sejumlah 100 ekor untuk disembelih sebagai kurban. Tiba-tiba api datang menyantapnya. Beliau mengira bahwa perintah dalam mimpi sudah terpenuhi. Untuk mimpi yang kedua kalinya, beliau memilih unta-unta gemuk sejumlah 100 ekor untuk disembelih sebagai kurban. Tiba-tiba api datang menyantapnya, dan beliau mengira perintah dalam mimpinya itu telah terpenuhi.

Pada mimpi untuk ketiga kalinya, seolah-olah ada yang menyeru, “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkanmu agar menyembelih putramu, Ismail.” Beliau terbangun seketika, langsung memeluk Ismail dan menangis hingga waktu Shubuh tiba. Untuk melaksanakan perintah Allah SWT tersebut, beliau menemui istrinya terlebih dahulu, Hajar (ibu Ismail). Beliau berkata, “Dandanilah putramu dengan pakaian yang paling bagus, sebab ia akan kuajak untuk bertamu kepada Allah.” Hajar pun segera mendandani Ismail dengan pakaian paling bagus serta meminyaki dan menyisir rambutnya.

Kemudian beliau bersama putranya berangkat menuju ke suatu lembah di daerah Mina dengan membawa tali dan sebilah pedang. Pada saat itu, Iblis terkutuk sangat luar biasa sibuknya dan belum pernah sesibuk itu. Mondar-mandir ke sana ke mari. Ismail yang melihatnya segera mendekati ayahnya.

“Hai Ibrahim! Tidakkah kau perhatikan anakmu yang tampan dan lucu itu?” seru Iblis.

“Benar, namun aku diperintahkan untuk itu (menyembelihnya),” jawab Nabi Ibrahim AS.

Setelah gagal membujuk ayahnya, Iblsi pun datang menemui ibunya, Hajar. “Mengapa kau hanya duduk-duduk tenang saja, padahal suamimu membawa anakmu untuk disembelih?” goda Iblis.

“Kau jangan berdusta padaku, mana mungkin seorang ayah membunuh anaknya?” jawab Hajar.

“Mengapa ia membawa tali dan sebilah pedang, kalau bukan untuk menyembelih putranya?” rayu Iblis lagi.

“Untuk apa seorang ayah membunuh anaknya?” jawab Hajar balik bertanya.

“Ia menyangka bahwa Allah memerintahkannya untuk itu”, goda Iblis meyakinkannya.

“Seorang Nabi tidak akan ditugasi untuk berbuat kebatilan. Seandainya itu benar, nyawaku sendiri pun siap dikorbankan demi tugasnya yang mulia itu, apalagi hanya dengan mengurbankan nyawa anaku, hal itu belum berarti apa-apa!” jawab Hajar dengan mantap.

Iblis gagal untuk kedua kalinya, namun ia tetap berusaha untuk menggagalkan upaya penyembelihan Ismail itu. Maka, ia pun menghampiri Ismail seraya membujuknya, “Hai Isma’il! Mengapa kau hanya bermain-main dan bersenang-senang saja, padahal ayahmu mengajakmu ketempat ini hanya untk menyembelihmu. Lihat, ia membawa tali dan sebilah pedang,”

“Kau dusta, memangnya kenapa ayah harus menyembelih diriku?” jawab Ismail dengan heran. “Ayahmu menyangka bahwa Allah memerintahkannya untuk itu” kata Iblis meyakinkannya.

“Demi perintah Allah! Aku siap mendengar, patuh, dan melaksanakan dengan sepenuh jiwa ragaku,” jawab Ismail dengan mantap.

Ketika Iblis hendak merayu dan menggodanya dengan kata-kata lain, mendadak Ismail memungut sejumlah kerikil ditanah, dan langsung melemparkannya ke arah Iblis hingga butalah matanya sebelah kiri. Maka, Iblis pun pergi dengan tangan hampa. Dari sinilah kemudian dikenal dengan kewajiban untuk melempar kerikil (jumrah) dalam ritual ibadah haji.

Sesampainya di Mina, Nabi Ibrahim AS berterus terang kepada putranya, “Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu?…” (QS. Ash-Shâffât, [37]: 102).

“Ia (Ismail) menjawab, ‘Hai bapakku! Kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah! Kamu mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar” (QS. Ash-Shâffât, [37]: 102).

Mendengar jawaban putranya, legalah Nabi Ibrahim AS dan langsung ber-tahmid (mengucapkan Alhamdulillâh) sebanyak-banyaknya.

Untuk melaksanakan tugas ayahnya itu Ismail berpesan kepada ayahnya, “Wahai ayahanda! Ikatlah tanganku agar aku tidak bergerak-gerak sehingga merepotkan. Telungkupkanlah wajahku agar tidak terlihat oleh ayah, sehingga tidak timbul rasa iba. Singsingkanlah lengan baju ayah agar tidak terkena percikan darah sedikitpun sehingga bisa mengurangi pahalaku, dan jika ibu melihatnya tentu akan turut berduka.”

“Tajamkanlah pedang dan goreskan segera dileherku ini agar lebih mudah dan cepat proses mautnya. Lalu bawalah pulang bajuku dan serahkan kepada agar ibu agar menjadi kenangan baginya, serta sampaikan pula salamku kepadanya dengan berkata, ‘Wahai ibu! Bersabarlah dalam melaksanakan perintah Allah.’ Terakhir, janganlah ayah mengajak anak-anak lain ke rumah ibu sehingga ibu sehingga semakin menambah belasungkawa padaku, dan ketika ayah melihat anak lain yang sebaya denganku, janganlah dipandang seksama sehingga menimbulka rasa sedih di hati ayah,” sambung Isma'il.

Setelah mendengar pesan-pesan putranya itu, Nabi Ibrahim AS menjawab, “Sebaik-baik kawan dalam melaksanakan perintah Allah SWT adalah kau, wahai putraku tercinta!”

Kemudian Nabi Ibrahim as menggoreskan pedangnya sekuat tenaga ke bagian leher putranya yang telah diikat tangan dan kakinya, namun beliau tak mampu menggoresnya.

Ismail berkata, “Wahai ayahanda! Lepaskan tali pengikat tangan dan kakiku ini agar aku tidak dinilai terpaksa dalam menjalankan perintah-Nya. Goreskan lagi ke leherku agar para malaikat megetahui bahwa diriku taat kepada Allah SWT dalam menjalan perintah semata-mata karena-Nya.”

Nabi Ibrahim as melepaskan ikatan tangan dan kaki putranya, lalu beliau hadapkan wajah anaknya ke bumi dan langsung menggoreskan pedangnya ke leher putranya dengan sekuat tenaganya, namun beliau masih juga tak mampu melakukannya karena pedangnya selalu terpental. Tak puas dengan kemampuanya, beliau menghujamkan pedangnya kearah sebuah batu, dan batu itu pun terbelah menjadi dua bagian. “Hai pedang! Kau dapat membelah batu, tapi mengapa kau tak mampu menembus daging?” gerutu beliau.

Atas izin Allah SWT, pedang menjawab, “Hai Ibrahim! Kau menghendaki untuk menyembelih, sedangkan Allah penguasa semesta alam berfirman, ‘jangan disembelih’. Jika begitu, kenapa aku harus menentang perintah Allah?”

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata (bagimu). Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” (QS. Ash-Shâffât, [37]: 106)

Menurut satu riwayat, bahwa Ismail diganti dengan seekor domba kibas yang dulu pernah dikurbankan oleh Habil dan selama itu domba itu hidup di surga. Malaikat Jibril datang membawa domba kibas itu dan ia masih sempat melihat Nabi Ibrahim AS menggoreskan pedangnya ke leher putranya. Dan pada saat itu juga semesta alam beserta seluruh isinya ber-takbir (Allâhu Akbar) mengagungkan kebesaran Allah SWT atas kesabaran kedua umat-Nya dalam menjalankan perintahnya. Melihat itu, malaikai Jibril terkagum-kagum lantas mengagungkan asma Allah, “Allâhu Akbar, Allâhu Akbar, Allâhu Akbar”. Nabi Ibrahim AS menyahut, “Lâ Ilâha Illallâhu wallâhu Akbar”. Ismail mengikutinya, “Allâhu Akbar wa lillâhil hamd”. Kemudian bacaan-bacaan tersebut dibaca pada setiap hari raya kurban (Idul Adha).

Paintball







Paintball? Siapa yang xpernah main paintball, sila angkat tangan! Ok, yang angkat tangan ni sila berkumpul di sebelah hujung sana ye? Korang sangat menyedihkan. Paintball dah semakin berkembang dan popular di Malaysia ni pun masih xpernah cuba main paintball?


Hohoho. Jangan risau, jangan khuatir. Hari ini kita akan sama-sama belajar mengenali paintball dan dunia paintball.


Paintball 

Paintball ialah sejenis sukan dimana para pesertanya menggunakan “marker” untuk menembak paintball (saiz guli, .68 caliber, kapsul gelatin yang dipenuhi dengan cat berwarna kepada pemain yang lain. Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1980an dan menjadi terkenal begitu cepat sekali
Sukan ini boleh dimainkan secara indoor atau outdoor dalam pelbagai stail. Tidak ada peraturan tertentu dalam permainan ini. Ianya terpulang kepada objektif, strategi dan daya imaginasi para pemain itu sendiri. Sukan ini menggunakan banyak jenis peralatan dan unik jika dibandingkan dengan sukan lasak yang kain. Malahan ianya menggunakan slanga yang tersendiri dalam berkomunikasi diantara pemain. Bertentangan dengan sesetengah pendapat, paintball merupakan salah satu sukan yang paling selamat dan hanya dimainkan oleh mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran.

Sejarah Paintball



Peralatan wajib dalam sukan paintball
paintball-marker
  • Marker
Ingat, namanya marker. Bukan senapang, bukan pistol, bukan machine gun. Dalam sukan paintball, ia dipanggil marker. Jangan menggatal nak panggil dengan nama yang telah disebutkan tadi sebab ia adalah dilarang. Besar kemungkinan adalah bagi mengelakkan orang tersalah anggap bahawa ia senjata api
paintball-pallet
  • Pallet
Ini pula dipanggil pallet. Sekali lagi, mengikut peraturan paintball janganlah ianya dipanggil peluru -_____-” Biasanya pallet akan pecah dan mengeluarkan cecair berwarna sejurus ia mengenai sesuatu objek. Dan mengikut pengalaman aku, kalau main paintball waktu pagi pallet senang pecah. Kalau main waktu tengahari/panas, paintball jadi keras. Tu yang jadi kejadian tembak-tembak xmati
paintball-face-mask
  • Face Mask
Seterusnya ialah face mask. Wah, dah macam cikgu-cikgi mengajar dekat sekolah pula. Face mask ialah benda yang SUPER DUPER WAJIB dipakai ketika dalam field, xkira la kalau korang dah kena tembak atau belum. Kesan buruk kalau bukak face mask samada referee akan pukul face mask korang sampai tertutup balik ataupun dia akan lompat dan peluk kepala korang xkira la perempuan ke lelaki. Safety is #1 dalam sukan paintball. Ingat! Bukak face mask = DOSA BESAR!

Tips untuk mengelakkan face mask jadi berkabus dan xnampak sewaktu permainan berlangsung ialah dengan bernafas melalui mulut.

paintball-accessories
  • Barrel Plug
Digunakan sebagai penutup barrel (muncung marker) bagi mengelakkan pemain melepaskan tembakan secara tidak sengaja
  • CO2 tank
Disimpan dalam bentuk cecair dan berubah menjadi gas CO2 sejurus tembakan dilepaskan. Kegunaanya ialah bagi membolehkan pallet ditembak ke sasaran secara tepat
  • Hopper
Tempat simpanan pallet. Berfungsi berdasarkan hukum graviti di mana setiap pallet akan jatuh ke bawah secara satu persatu
*Kutip pallet yang xpecah dan masukkan kembali ke dalam hopper juga merupakan satu   kesalahan sebab boleh mengakibatkan marker jammed
 Credit to : www.chokilala.com



p/s : Sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang player paintball, atau teringin bermain paintball, jangan segan untuk hubungi kami :

019-9429075 ( aidi )  @ pm di https://www.facebook.com/GMIPconsultant

Kami menyediakan seorang master trainer yang mampu melatih anda sehingga anda mampu bermain di peringkat Kebangsaan dan Asia. Ya, benar ! Kebangsaan dan Asia !

Master trainer Profile:
  • Nama : Sam Cchaous
  • Salah seorang daripada 1st batch di Malaysia yang bermain paintball 
  • Memiliki gelanggang paintball sendiri yang terletak di Puncak Jalil dan beliau sentiasa mengalu-alukan individu yang benar - benar ingin menjadi paintball 'hardcore' player
  • Pemilik syarikat CCP ( Crazy Chaos Paintball )
  • Bekas Ketua Refree Asia
  • Kelab Armada
  • Menjuarai pelbagai pertandingan dan liga paintball 




















Sunday, 13 October 2013

GMIP CONSULTANCY SERVICES




Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)

Pada kali ini, admin ingin berkongsi kepada para pembaca semua mengenai apakah perkidmatan yang ditawarkan oleh GMIP CONSULTANCY ini. Admin rasa kalau tgok gamba di atas pon mesti anda semua da boleh tau kan ;)

Jadi, di sini kita akan mengetahui dengan lebih terperinci mengenai setiap skop perkhidmatan yang disediakan oleh GMIP CONSULTANCY.


FACILITATOR  SERVICES : 

  •  GMIP menawarkan perhidmatan fasilitator
  •  Sebarang program mahupun event dengan harga yang sangat berpatutan. 
  •  Fasilitator ini berperanan dalam membantu mengendalikan program dengan lancar dan berkesan. 
  • Pelanggan menentukan bilangan fasilitator yang diperlukan
  • Para fasilitator ini akan membantu mengendalikan program sama ada secara keseluruhannya atau mengikut slot yang telah ditetapkan oleh pelanggan. 
  • Bersedia untuk melatih individu-individu yang ingin menjadi fasilitator dengan kemahiran-kemahiran dan modul-modul khas yang telah dirangka.
  • Terbuka kepada mana-mana individu / kumpulan / kelab / pertubuhan / sekolah / universiti / badan-badan korporat 


EVENT MANAGEMENT :

  • Bersedia menjadi perunding
  • Terbuka kepada mana-mana individu / kumpulan / kelab / pertubuhan / sekolah / universiti / badan-badan korporat
  • Menyediakan ' event crew ' bagi sesiapa yang berminat untuk menganjurkan sebarang event namun tiada tenaga kerja (crew). 
  • Event merangkumi pendidikan, budaya, IT, karnival, program amal, sukan, kerjaya dan sebarang event yang dirasakan bersesuaian.


ORGANIZING CAMPS :

  •  Bersedia menjadi perunding
  •  GMIP mempunyai tapak perkhemahan sendiri yang terletak di Kuala Nerang, Kedah
  •  Lokasinya yang strategik membolehkan pelbagai aktiviti luar dilakukan dan mempunya keluasan yang mampu menampung 1000 kapasiti dalam satu masa. 
  • Mempunyai crew yang berpengalaman
  • Antara lokasi yang selalu menjadi pilihan pelanggan ialah Kuala Nerang, Pulau Pangkor, Hulu Langat dan Gombak. 
  • Namun, pelanggan bebas untuk memilih lokasi yang berbeza dan GMIP sanggup untuk menghantar crew walau ke negeri mana sekali pun. 
  • Terbuka kepada mana-mana individu / kumpulan / kelab / pertubuhan / sekolah / universiti /  badan-badan korporat 


OUTDOOR ACTIVITIES :

  • Abseiling ( Gombak )
  • Jungle Trekking ( Setiap Negeri )
  • Kayak ( Kedah )
  • Wall Climbing ( Shah Alam )
  • Paintball ( Puncak Jalil )
  • Caving ( Perlis )
  • Flying Fox ( Gombak )
  • Sports ( Setiap Negeri )


HOMESTAY

  • GMIP berperanan sebagai ejen homestay
  • Terbuka untuk setiap Negeri


CATERING SERVICES

  • Menyediakan perkhidmatan katering
  • Setakat ni hanya terdapat di 3 lokasi iaitu Penang, Perak dan Kuala Lumpur


GRAPHIC DESIGN ( MULTIMEDIA)

  • Banner
  • Flyer
  • Banting
  • Bendera
  • Design T-Shirt
  • T-Shirt Printing
  • Photographer ( event, wedding, etc)
  • Editing Video
  • Editing Photo
  • Design Business Card


WEDDING PLANNER 

  • GMIP berperanan sebagai ejen wedding planner
  • Harga bergantung pada negeri dan permintaan pelanggan


Sekiranya perlukan sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi :
019-9429075 ( saudara aidi )
019-5242674 ( saudara syazwan )
013-5908319 ( saudara kamarul )

@

PM kami di Facebook : https://www.facebook.com/GMIPconsultant


Saturday, 12 October 2013

Bola Keranjang

Hai semua :)

Pada kali ni admin nk share mengenai satu sukan yang diberikan nama bola keranjang. So, dalam entri ni kita akan membincangkan mengenai apakah itu bola keranjang dan bagaimana kah sukan ini dimainkan :)


Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata. Bola digerakkan di dalam gelanggang dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal (penalty). 


Asa Usul Bola Keranjang


Gelanggang bola keranjang pertama di Kolej Springfield
Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukanyang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalamgelanggang sesebuah bangunan.
Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permainan ciptaannya, basketball (Bahasa Melayu:Bola Keranjang).
Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.
Selepas permainan experiment pertama, Naismith telah menyediakan draf peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, the Triangle pada tarikh 15 Januari 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranajang mula dimainkan oleh pasukan Pertubuhan Belia Pemuda Kristiansekolah menengah,kolejuniversiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada.
Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium Pertubuhan Belia Pemuda Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang dibabitkan dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya separuh saiz gelanggang National Basketball Association pada hari ini.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ASAS.

  • Setiap permainan diadili oleh dua orang pengadil.
  • Setiap pasukan diwakili oleh lima orang pemain.
  • Setiap pasukan hendaklah memakai jersi yang dapat membezakan dua pasukan yang berlainan.
  • Perlawanan dibahagikan kepada dua waktu separuh masa itu adalah 10 minit.
  • Satu mata untuk jaringan lemparan bebas; 2 mata untuk jaringan terus dan 3 mata untuk jaringan dari luar garisan melengkung.
  • Pengadil melakukan lambungan bola di bulatan tengah bagi memulakan permainan untuk kedua-dua separuh masa.
  • Selepas jaringan, permainan diteruskan dengan hantaran dari belakang garisan belakang oleh seorang pemain pihak yang kena jaringan itu.
  • Semasa permainan berjalan, adalah salah jika seseorang pemain itu memegang bola lebih dari 5 saat tanpa melepaskannya.
  • Seorang pemain tidak dibenarkan menghalang,memegang, menolak, merempuh atau melakukan kekasaran untuk menyekat pergerakan pihak lawan.
  • Seorang pemain yang melakukan kesalahan perseorangan atau teknikal sebanyak 5 kali akan dikeluarkan dari permainan itu.
                                                       Gelanggang Bola Keranjang




Kesalahan - kesalahan dalam sukan bola keranjang :

anda boleh lihat di sini >>> http://teguhakbarramadhan.blogspot.com/2011/10/pelanggaran-pelanggaran-dalam-permainan.html



Istilah-istilah yang digunakan dalam permainan bola keranjang :


anda boleh lihat di sini >>>http://goodstyle-basket.blogspot.com/2012/04/macam-macam-istilah-yang-digunakan.html

Sekiranya anda ingin belajar lebih lanjut mengenai permainan bola keranjang, 
anda boleh lihat di sini >>> http://www.slideshare.net/gtabbas/04-bola-keranjang



10 Kasut Basket Termahal Di Dunia

10. Nike Air Force 1



 
$2500 






9. Nike Air Force 1 Fourmen



 $2500 






8. Air Jordan XI



 $2700, 






 7. Adidas Golden KB8 Selection 



 $3000 






 6. Air Jordan III
 $4500.













5. Air Jordan VI

 
$7200.



4. Air Jordan I



 $8000 






 3. Air Jordan V

$10,000 



 2. Nike Air Mag



$12,000, 







 1. Air Jordan I



$25,000 








Antara komik yang mempopularkan sukan bola keranjang

SLAM DUNK