Pada kali ni admin nk share mengenai satu sukan yang diberikan nama bola keranjang. So, dalam entri ni kita akan membincangkan mengenai apakah itu bola keranjang dan bagaimana kah sukan ini dimainkan :)
Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata. Bola digerakkan di dalam gelanggang dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal (penalty).
Asa Usul Bola Keranjang
Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukanyang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalamgelanggang sesebuah bangunan.
Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permainan ciptaannya, basketball (Bahasa Melayu:Bola Keranjang).
Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.
Selepas permainan experiment pertama, Naismith telah menyediakan draf peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, the Triangle pada tarikh 15 Januari 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranajang mula dimainkan oleh pasukan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian, sekolah menengah,kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada.
Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium Pertubuhan Belia Pemuda Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang dibabitkan dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya separuh saiz gelanggang National Basketball Association pada hari ini.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ASAS.
- Setiap permainan diadili oleh dua orang pengadil.
- Setiap pasukan diwakili oleh lima orang pemain.
- Setiap pasukan hendaklah memakai jersi yang dapat membezakan dua pasukan yang berlainan.
- Perlawanan dibahagikan kepada dua waktu separuh masa itu adalah 10 minit.
- Satu mata untuk jaringan lemparan bebas; 2 mata untuk jaringan terus dan 3 mata untuk jaringan dari luar garisan melengkung.
- Pengadil melakukan lambungan bola di bulatan tengah bagi memulakan permainan untuk kedua-dua separuh masa.
- Selepas jaringan, permainan diteruskan dengan hantaran dari belakang garisan belakang oleh seorang pemain pihak yang kena jaringan itu.
- Semasa permainan berjalan, adalah salah jika seseorang pemain itu memegang bola lebih dari 5 saat tanpa melepaskannya.
- Seorang pemain tidak dibenarkan menghalang,memegang, menolak, merempuh atau melakukan kekasaran untuk menyekat pergerakan pihak lawan.
- Seorang pemain yang melakukan kesalahan perseorangan atau teknikal sebanyak 5 kali akan dikeluarkan dari permainan itu.
Gelanggang Bola Keranjang
Kesalahan - kesalahan dalam sukan bola keranjang :
anda boleh lihat di sini >>> http://teguhakbarramadhan.blogspot.com/2011/10/pelanggaran-pelanggaran-dalam-permainan.html
Istilah-istilah yang digunakan dalam permainan bola keranjang :
anda boleh lihat di sini >>>http://goodstyle-basket.blogspot.com/2012/04/macam-macam-istilah-yang-digunakan.html
Sekiranya anda ingin belajar lebih lanjut mengenai permainan bola keranjang,
anda boleh lihat di sini >>> http://www.slideshare.net/gtabbas/04-bola-keranjang
10 Kasut Basket Termahal Di Dunia
10. Nike Air Force 1
$2500
9. Nike Air Force 1 Fourmen
$2500
8. Air Jordan XI
8. Air Jordan XI
$2700,
7. Adidas Golden KB8 Selection
$3000
6. Air Jordan III
6. Air Jordan III
$7200.
4. Air Jordan I
$8000
3. Air Jordan V
$10,000
2. Nike Air Mag
$12,000,
1. Air Jordan I
$25,000
Antara komik yang mempopularkan sukan bola keranjang
SLAM DUNK
No comments:
Post a Comment