Entri kali ini, admin nk berkongsi dengan anda semua pengalaman GMIP mengendalikan program outdoor di Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Okay, untuk pengetahuan semua, hutan di Hulu Langat ni merupakan Hutan Simpan dan anda mesti boleh bayangkan betapa tebalnya hutan tersebut kan ;)
Ekpedisi outdoor GMIP kali ini disertai oleh 4 orang ahli outdoor GMIP yang terdiri daripada saudara Azim ( kiri sekali) , saudara Azmiel (2 dari kiri), saudara Aidi (2 dari kanan) dan saudara Wafi (kanan sekali). Mereka berempat merupakan ahli GMIP yang bergiat aktif dalam dunia outdoor dan gemar merantau ke merata-rata tempat demi meneruskan minat mereka ini.
Ekpedisi kali ini bermula apabila mereka dijemput oleh Asia Global Marketing & Consultant (AGMC) bagi mengendalikan aktiviti-aktiviti outdoor sempena Program 'U Lead' anjuran PERDA yang menggabungkan pelajar-pelajar dari pelbagai universiti bermula dari 18 hingga 20 Oktober 2013 . Program ini dilaksanakan di Lembah Azween Resort, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
Lembah Azween Resort merupakan satu resort yang patut diberikan pujian kerana layanannya yang sangat baik dan mesra pelanggan, tempat yang cantik dan terjaga dan sesuai untuk melaksanakan pelbagai aktiviti baik indoor mahupun outdoor. Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai resort ini, anda boleh la mengunjungi website ini : http://www.lembahazwenresort.com.my/
Pada 18 Oktober 2013 ( Jumaat), program outdoor pertama yang dikendalikan oleh GMIP ialah aktiviti 'NIGHT WALK'. Aktiviti Night Walk ini dijalankan pada waktu malam, khususnya selepas jam 12 tengah malam.
Objektif utama aktiviti ini adalah untuk menambahkan daya keyakinan, ketabahan dan keberanian individu. Aktiviti ini sering dijadikan acara kemuncak dalam program-program ko-kurikulum di sekolah khususnya dalam aktiviti perkhemahan (camping) dan program-program bina semangat. Tetapi biasalah, mesti ada objektif-objektif lain yang ditambah kemudiannya. Antaranya ialah keseronokkan hendak mengusik para peserta, hehe :p
Bulan yang mengambang dan salakan anjing yang bersahut-sahutan pastinya menambahkan keseraman |
Permulaannya, setiap peserta dikehendaki menutup mata dengan menggunakan kain yang disediakan. Para fasilitator akan memastikan tiada peserta yang menipu. Kemudian, mereka ini dibawa ke satu tempat yang agak telah ditetapkan bagi 'solo drop'.
Setiap
peserta dipisahkan dan ditempatkan di lokasi-lokasi tertentu dan jaraknya
berjauhan antara satu sama lain. Ini untuk mengelakkan daripada
berlakunya komunikasi di antara mereka. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan tempat tersebut dan mereka
hendaklah kekal berada di sana untuk satu tempoh yang ditetapkan. Mereka
hanya boleh meninggalkan tempat tersebut hanya setelah dijemput pulang
oleh pengelola aktiviti. Peserta tidak dibenarkan membawa
sebarang bentuk alat hiburan (contoh: walkman) dan komunikasi (telefon, wisel). Mereka ini biarkan bersendirian selama 15- 20 minit.
Bagaimanakah rasanya apabila duduk seorang diri di tempat yang gelap pada malam yang gelap-gelita? Inilah yang dirasa oleh para peserta.. Waa...nak balik! |
Sepanjang tempoh para peserta bersendirian, 4 orang ahli GMIP ini akan memainkan perananan mereka bagi menambahkan aura dan tahap keseraman yang menghantui diri para peserta. Pelbagai bunyi dan pergerakan dicipta bagi menaikkan suasana sehingga berdiri bulu roma para peserta dan ada yang mula menangis ketakutan. Mestilah peserta perempuan, hehehe.. Seronok melihat gelagat para peserta ini :)
Selepas cukup 20 minit, para peserta dikumpulkan kembali. Mereka kini akan bergerak pulang ke Lembah Azween Resort. Namun, peserta ini hanya akan dilepaskan seorang demi seorang dengan membawa lilin yang disediakan. Para peserta ini akan melalui satu track khas yg disediakan dan di track ini lah 4 orang ahli GMIP telah bersiap sedia menjadi 'hantu'. Jeng jeng jeng...
Dengan berbekalkan beberapa peralatan seperti kain putih, bedak sejuk dan alatan yg lain, 4 ahli GMIP telah bertukar wajah menjadi 'hantu' dan tujuan mereka hanyalah untuk menguji tahap keberanian para peserta. Antara hantu yang menjadi pilihan mereka ialah hantu pocong, nenek tua dan pontianak.
hantu pocong |
Peserta dilepaskan seorang demi seorang. Mereka akan melalui track tersebut dengat mengikut tali yang dipasang sepanjang track. Para peserta juga telah diigtkan agar tidak memegang tali dengan terlampau kuat supaya tali tersebut tidak putus. Sekiranya putus, pandai-pandai lah peserta cari jalan sendiri!
Bagaimana respon para peserta terhadap kehadiran Hantu-hantu? Bergantung kepada kekuatan mental mereka. Ada yang menjerit, menangis dan tidak kurang pula yang cabut lari terus meninggalkan lokasi kejadian. Ada juga yang hanya ketawa melihat gelagat Hantu-hantu yang mengusik mereka.
hantu pontianak |
Namun, yang paling menarik ada seorang peserta perempuan ni yang sangat lemah semangat. Peserta ini terpaksa dipimpin oleh fasilitator perempuan daripada pihak AGMC ( Asia Global Marketing & Consultant) sepanjang track ni. Haha, kesian plak peserta ni. Hantu pun tak sanggup nak menyakat dia ni lagi.
Satu lagi yang menarik, peserta perempuan juga. Dia ni seorang yang rabun, memang selalu pakai cermin mata la. Jadi, masa 'night walk' tu ,tak tau la sengaja tak nak pkai atau memang tertinggal di bilik, peserta perempuan ni pon jalan la ikut track tu dengan memegang tali. Macam biasa, hantu - hantu ni pon tunjuk la muka, tapi pelik. NO RESPONSE! Dasyat betul peserta ni. Rupa- rupanya, setelah ditanya, peserta perempuan ni rabun, memang tak nampak apa-apa. Dia sekadar ikot je tali tu smpai la penghujung. Hahahaha,, kesian hantu terkono balik :p
Akhirnya, sampai la kesemua peserta ke Lembah Azween Resort. Alhamdulillah, tak kurang tak lebih bilangan peserta. Kalau kurang, jenuh 4 orang ni nk kena cari balik. Lau terlebih pulak, lagi jenuh nak hantar balik 'seorang' tu.
Jadi, itu saja aktiviti outdoor yang 4 orang ahli outdoor GMIP kendalikan untuk hari Jumaat tersebut.
Ikuti sambungan pengalaman menarik dan aktiviti untuk hari seterusnya, Sabtu di entri akan datang. Nantikan !