Tuesday, 8 October 2013

Jepun ???




 Apa yang anda semua tahu pasal negara Jepun? Sebut saja Jepun apa yang anda boleh bayangkan? Doraemon? Ultraman? Selipar jepun? Sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu pasal negara Jepun ini. Entri kali ni bukan nak mengagung-agungkan Jepun ni, tapi sekadar berkongsi info yang menarik saja okay ;)



10 Keunikan Negara Jepun !



Jepun dikenali sebagai negara maju dan juga ‘Negara Matahari Terbit’. Negara Jepun memiliki keunikan-keunikan yang umumnya merupakan kebiasaan mereka.
1. Di penempatan jalan Kyoto, penempatan jalan yang kecil, tidak ada kereta sama sekali, tapi ada lampu merahnya, pejalan kaki selalu berhenti ketika lampu tanda pejalan kaki menunjukkan warna merah. Mereka santai saja, baca surat khabar, berbual, merokok, dan kemudian jalan lagi ketika lampu sudah kembali berwarna hijau. Padahal tidak ada kereta yang lalu satupun. 
traffic light japan
2. Mereka tidak percaya Tuhan (atheis), tapi mereka sangat berdisiplin dan patuh pada peraturan. Mungkin karena itu negara mereka maju.
3. Bunga sakura adalah bunga yang istimewa di Jepun, kerana bunganya hanya tumbuh 2 minggu selama setahun. Ketika tumbuh, bunganya memenuhi seluruh pohon, tanpa daun. Setelah 2 minggu, tidak ada satupun bunga sakura, yang ada hanyalah daun-daun hijau, tanpa bunga, dan jadi tidak menarik lagi.
hanami sakura

4. Basikal tidak boleh ada pembonceng, kecuali pemboncengnya berusia lebih dari 16 tahun atau anak yang dibonceng berusia kurang daripada satu tahun dan hanya seorang saja yang boleh dibonceng. Bila dilanggar, dendanya maksimum 20 ribu yen.
5. Di Malaysia, kita dapat wang kalau kita menjual barang lama kita ke kedai jual-beli. Tapi di Jepun, mereka  harus bayar kalau hendak menaruh barang di kedai jual-beli. Itulah sebabnya kenapa orang Jepun lebih memilih meninggalkan TV lama mereka begitu saja kalau nak pindah apartment.
6. Sebelum membuat perjalanan, biasanya orang Jepun selalu memeriksa ramalan cuaca. Dan 90% ramalan cuaca itu tepat. Itu sebabnya kalau ada orang bawa payung, pasti kita akan lihat orang lain turut bawa payung. Dan penempatan Shibuya adalah tempat yang paling menarik ketika hujan, kerana dari atas kita akan melihat lautan payung yang unik.
payung transparan-jepang
7. Kalau naik eskalator di Tokyo, kita harus berdiri di sebelah kiri, kerana sebelah kanan adalah untuk orang yang terburu-buru. Jangan sekali-kali berdiri di kanan kalau kita tidak langsung naik.
8. Jika naik teksi di Jepun, pintu dibuka dan ditutup oleh pemandu. Penumpang dilarang membuka dan menutupnya sendiri.
9. Di Jepun, angka “4″ dan “9″ tidak disukai, sehingga tidak ada nombor bilik “4″ dan “9″. “4″ dibaca “shi” yang sama bunyinya dengan yang bererti “mati”, sedangkan “9″ dibaca “ku”, yang sama bunyinya dengan yang bererti “kurushii / sengsara.
10. Cara baca tulisan Jepun ada dua style: yang sama dengan buku berhuruf Roman alphabet huruf dibaca dari atas ke bawah, dan yang kedua adalah dari kolom paling kanan ke arah kiri. Sehingga bahagian depan dan belakang buku berlawanan dengan buku Roman alphabet (halaman muka berada di “bahagian belakang”).

Lagi antara keunikan dan keindahan Negara Jepun.







Khas: Mirai_Ek_Kiroro ( beserta terjemahan Melayu)



No comments:

Post a Comment